Assalamualaikum.......
Salam
menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1434) pada Khamis 15 November 2012.
okey sekaramg nie bella nak cerita siket tentang Muharam dalam kalender islam.
Mungkin ada antara kita yang terlupa dengan tahun baru hijrah kerana terleka
dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah kita sama-sama
ingat-mengingati dalam perkara kebaikan dan alhamdulilah sebab kita masih lagi diberi nafas utuk merasai nikmat dari tuhan.
MAAL HIJRAH :
MUHARAM adalah
bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’
atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau
pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan
Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan
itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi
dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah
(shahrullahi).
Sandaran yang
dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan
kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya
melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk-makhlukNya.
Daripada Al-Hassan
Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun
baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang
lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan
bulan Muharam. Ianya dinamakan
bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING :
1 Muharam- Khalifah
Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan hijrah.
10 Muharam- Dinamakan
juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak tejadinya peristiwa penting yang
mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang tabah bagi menegakkan keadilan
dan kebenaran.
Sahabat yang
dimuliakan,
Jangan lupa untuk
membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya
kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah
SWT,Insya-Allah.
Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:
Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:
Sentiasa pegang dalam diri dan hati kita,
bukan
mudah untuk mencari yang berkah.
Harus diteliti sentiasa setiap tindakan moga Allah SWT
tidak menjadikan kita dalam golongan yang menentukan nasibnya sendiri.
Sesungguhnya kita tidak mampu untuk berjalan di bumi tanpa taufiq dan hidayah
dariNya.
Bersabarlah dalam mencari barokah.
Kerana redha Allah itu tersangat indah.
Ingatlah!
setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Wallahua'lam..
1 comment:
شركة المثاليه
شركة المثاليه للتنظيف بالقطيف
Post a Comment